Friday, March 16, 2012

Malas

Malas jika dibiarkan berterusan akan mengundang pelbagai spekulasi dan tanggapan orang lain. Ini kerana sikap malas bukan sahaja memberi impak yang besar kepada sebuah kehidupan malah turut menyemak mata orang lain yang melihatn. Sebuah rumah tangga akan menjadi porak peranda karana kemalasan, sesebuah organisasi akan jadi kelam kabut, latar hidup individu jadi tak keruan malah akan mengundang pelbagai penyakit lain.Umpamanya tulang menjadi lemah, mata sentiasa mengantuk, kerja terbengkalai dan rumah tangga ibarat tongkang pecah.....
"Oleh itu berusahalah menjadi orang yang rajin" terlalu banyak faedah dan kebaikan jika kita mengamalkan sikap rajin.
SELAMAT BERAMAL.

My Free Wallpapers - Abstract Wallpaper : Purple Flowers

My Free Wallpapers - Abstract Wallpaper : Purple Flowers
Beautiful flower.

Thursday, March 15, 2012

Seringkali kita lupa bahawa setiap kejadian ada penciptanya. Setiap kehidupan ada pengaturnya dan setiap kemahuan ada sebabnya. Menyingkap susulan kematian adik Dirang, wajarkah manusia yang bergelar insan berbuat demikian terhadap anak kecil yang tidak berdosa. Dimanakah nilai pertimbangan waras fikiran sehingga sanggup melakukan perkara yang melanggar hukum Allah S. W.T. Tidakkah mereka berfikir bahawa apa yang mereka lakukan akan mendapat balasan yang lebih dasyat dari Allah S. W.T. Dunia....Oh dunia. Kekejaman berleluasa. Kasih sayang antara manusia telah hilang..Nyawa menjadi pertaruhan, bahkan tubuh badan jadi lelongan.

Kini aku melangkah ke fasa kehidupan yang baru. Alam rumah tangga yang lebih menyedarkan aku tentang erti tanggungjawab, erti ketulusan, erti kesabaran dan erti sebuah kehidupan sebenar sebagai seorang isteri. Dahulunya, kehidupan aku lebih berfokus kepada kerjaya dan adik2. Sekarang bertambah lagi sebuah tanggungjawab sebagai seorang isteri. Mampukah aku menjadi menjadi yang terbaik diantara yang terbaik....Wallahualam...Allah S.W.T adalah penentu segalanya. Namun akan ku usahakan menjadi isteri yang baik dan diredhai.