Thursday, March 15, 2012

Seringkali kita lupa bahawa setiap kejadian ada penciptanya. Setiap kehidupan ada pengaturnya dan setiap kemahuan ada sebabnya. Menyingkap susulan kematian adik Dirang, wajarkah manusia yang bergelar insan berbuat demikian terhadap anak kecil yang tidak berdosa. Dimanakah nilai pertimbangan waras fikiran sehingga sanggup melakukan perkara yang melanggar hukum Allah S. W.T. Tidakkah mereka berfikir bahawa apa yang mereka lakukan akan mendapat balasan yang lebih dasyat dari Allah S. W.T. Dunia....Oh dunia. Kekejaman berleluasa. Kasih sayang antara manusia telah hilang..Nyawa menjadi pertaruhan, bahkan tubuh badan jadi lelongan.

No comments:

Post a Comment