Wednesday, January 19, 2011

SK Iran, Subis

Hari kedua, Sekolah Kebangsaan Kampung Iran, Subis ditutup akibat banjir. Semua murid dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak semalam. 3 buah kelas telah ditutup kerana dimasuki air termasuk Bilik Sains dan Stor Sukan....walaupun murid-murid tidak datang ke sekolah...tetapi semua guru hadir seperti biasa...cabaran....cabaran.

Saturday, January 15, 2011

How do I add Reactions to my blog?

How do I add Reactions to my blog?

How do I add Reactions to my blog?

How do I add Reactions to my blog?

Renung-renungkan

Menelusuri hari2 yang berlalu bagaikan terlalu pantas masa berlalu. Rasanya ingin ku ulangi saat manis bersama kedua orang tuaku dan rakan-rakan yang dikasihi.. Namun apakan daya...Saat itu tak mungkin berulang kembali kecuali di alam mimpi. Ibuku...satu-satunya insan yang amat aku sayangi. Dirinya umpama sebutir permata berharga bagi diriku...Ketiadaannya membawa perubahan mendadak dalam hidupku. Terasa duniaku kosong walaupun adik beradikku berada disisi. Ayahku...insan yang telah banyak mengajarku erti disiplin diri dan berdikari...pemergianmu telah mengajar aku tentang tanggungjawab sebagai orang dewasa yang menguruskan segala beban yang ada. Aku bersyukur masih ada rakan-rakan yang memberi sokongan dan dorongan untuk aku memeruskan hidup. Walaupun masa remajaku tidak seceria dan seriang insan lain namun aku tetap menghembus nafas lega kerana tanggungjawab yang telah kedua orang tuaku amanahkan telah terlaksana. Kini aku bertambah lega bila cita2 ku telah tercapai...berkat dari kesabaran, percaya bahawa pintu rezeki telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, doa, usaha dan sokongan rakan-rakan menjadikan aku kini bergelar seorang pendidik...Terima Kasih ayah, ibu, saudaraku-saudaraku dan rakan-rakan yang dikasihi.

Motivasi diri.

Seringkali kita lupa bahawa setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kelemahan. Sering kali kita menyalahkan takdir jika sesuatu yang buruk telah berlaku kepada kita. Sering kali juga kita menyalahkan orang lain jika datangnya musibah menimpa diri kita tanpa berfikir bahawa sebenarnya musibah itu bermula daripada kelemahan kita sendiri. Seharusnya kita berfikir dengan tenang dan sabar untuk mencari kesilapan diri dan kemudiannya berusaha untuk memperbaikinya. Allah S.W.T telah memberikan kita akal fikiran untuk berfikir secara waras dalam membuat sesuatu perkara. Namun ada kalanya kita terleka dan terlena oleh permainan duniawi menyebabkan kita tersilap langkah. Akhirnya kita sendiri yang tertewas.

Aku dan Sahabat

Samsiah dan Annie. Dua nama yang sering berada dalam ingatan ku. Pertemuan dan persahabatan kita semasa menuntut di IPG TAR menjadikan kita semakin akrab walaupun telah berpisah atas tuntutan kerjaya masinng-masing. Kalian adalah sahabat setia di kala aku susah dan senang. Banyak perkara telah kita kongsi bersama. Rasanya terlalu sukar untuk diungkapkan tentang persahabatn kita...sesungguhnya hanya kita yang tahu segalanya....