Saturday, January 15, 2011
Renung-renungkan
Menelusuri hari2 yang berlalu bagaikan terlalu pantas masa berlalu. Rasanya ingin ku ulangi saat manis bersama kedua orang tuaku dan rakan-rakan yang dikasihi.. Namun apakan daya...Saat itu tak mungkin berulang kembali kecuali di alam mimpi. Ibuku...satu-satunya insan yang amat aku sayangi. Dirinya umpama sebutir permata berharga bagi diriku...Ketiadaannya membawa perubahan mendadak dalam hidupku. Terasa duniaku kosong walaupun adik beradikku berada disisi. Ayahku...insan yang telah banyak mengajarku erti disiplin diri dan berdikari...pemergianmu telah mengajar aku tentang tanggungjawab sebagai orang dewasa yang menguruskan segala beban yang ada. Aku bersyukur masih ada rakan-rakan yang memberi sokongan dan dorongan untuk aku memeruskan hidup. Walaupun masa remajaku tidak seceria dan seriang insan lain namun aku tetap menghembus nafas lega kerana tanggungjawab yang telah kedua orang tuaku amanahkan telah terlaksana. Kini aku bertambah lega bila cita2 ku telah tercapai...berkat dari kesabaran, percaya bahawa pintu rezeki telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, doa, usaha dan sokongan rakan-rakan menjadikan aku kini bergelar seorang pendidik...Terima Kasih ayah, ibu, saudaraku-saudaraku dan rakan-rakan yang dikasihi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment