Saturday, January 15, 2011
Motivasi diri.
Seringkali kita lupa bahawa setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kelemahan. Sering kali kita menyalahkan takdir jika sesuatu yang buruk telah berlaku kepada kita. Sering kali juga kita menyalahkan orang lain jika datangnya musibah menimpa diri kita tanpa berfikir bahawa sebenarnya musibah itu bermula daripada kelemahan kita sendiri. Seharusnya kita berfikir dengan tenang dan sabar untuk mencari kesilapan diri dan kemudiannya berusaha untuk memperbaikinya. Allah S.W.T telah memberikan kita akal fikiran untuk berfikir secara waras dalam membuat sesuatu perkara. Namun ada kalanya kita terleka dan terlena oleh permainan duniawi menyebabkan kita tersilap langkah. Akhirnya kita sendiri yang tertewas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment